Monday, July 20, 2009

1 MALAYSIA....

Salam Semua....

Saya secara ikhlas sedang mencadangkan untuk mempromosikan gagasan 1 Malaysia untuk seluruh rakyat malaysia. Kerjasama dengan beberapa agensi bagi menjayakan program khas ini amat baik. Elemen program ini sangat dekat dengan rakyat. Rakyat tidak mahu lagi ceramah dan pameran yang terlalu "mendidik". Program khas ini begitu mesra rakyat malah seluruh peringkat umur pasti akan terhibur sambil memahami betapa istimewanya Kita 1 Malaysia.

Doakan kejayaan saya.....

Selamattt!

Tuesday, July 14, 2009

DISIPLIN MULUT

Salam Semua....
Alhamdulillah masih ada ruang utk mencoret disini..biarpun dihati ini sentiasa ingin menjadi blogawan yang setia tetapi saya belum sampai ke tahap itu lagi. Kata mereka yang sudah berada nun jauh di sana...disiplin adalah segala-galanya....

Disiplin bukan sahaja pada cara hidup & kerja tetapi MULUT yang diberi secara FREE oleh ALAH sering disalah guna.....MULUT itu jugak yang PERLU mereka guna untuk ucap DUA KALIMAH ketika Sakaratul Maut.....


Selamattt!!!

Thursday, April 9, 2009

Hari Keberanian

Salam Rakan Blog,

Lama saya tidak menulis sesuatu di sini...pagi ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang HARI KEBERANIAN.

Hari Keberanian hari ini 9 April sebenarnya diraikan diFilipina ia dikenali dengan pelbagai nama Araw ng Kagitingan, Day Of Valor, Bataan Day.

Bila sebut berani apa yang boleh anda tafsirkan selain merujuk Kamus DBP.

Yang terbaharu, perbuatan berani penyokong pasukan bolasepak Kelantan. Memang saya kagum dengan "semangat" keberanian yang mengalir dalam darah mereka. Berani melakukan rusuhan dan membakar jip PDRM serta menunjukkan lagak berani yang akhirnya perbuatan mereka ini dikongsikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan yang mereka sanjungi..
"SAYA sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan,"

Begitulah keluhan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kejadian rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, kelmarin.

Adakah ini budaya "berani" anak Malaysia? Adakah mereka memegang pada pepatah..."Berani kerana benar" atau "Benar kerana Berani"

Si Luncai - "Mengikut biar pintar, menurut biar berakal"

Monday, March 23, 2009

NOTIS LELONG RUMAH

Salam Selamattt!!!
pagi ini saya menerima khabar yang mengerunkan tentang seorang insan yang saya amat kenali yang telah menerima notis tentang rumah "sulong"nya yang akan dilelong oleh pihak bank.

Subbahanallah....semoga beliau tenang dan mampu mencari jalan untuk menyelesaikan dengan sebaik mungkin....

Siapa yang tidak rungsing dan tertekan bila menerima notis sebegini ketika semua sedang berkerumun bercakap tentang "ekonomi kelabu" yang sedang melanda dunia....dan adakah ini petanda "kelabu" itu sudah tiba di negara kita....

Insan yang saya kenali adalah seorang yang sayangkan keluarganya...semua perniagaan yang beliau ceburi demi untuk menaikkan taraf kehidupan keluarga tersayang...akibat sering dihina dan dipandang "sepi" atau kata orang putih "he is nothing"...menyebabkan insan ini berhempas pulas "berjuang" untuk membuktikan beliau mampu berdikari....ya mungkin dia mampu berdikari hari ini...tetapi "onak dan duri" masih lagi tercucuk dalam dunia pengurusan kewangannya...sehingga beliau menerima notis kali kedua lelong rumahnya setelah pernah menerima beberapa tahun yang lalu......

Semoga kita dilindungi Allah dalam menjalankan amanah sebagai hambanya serta kita semua sebagai suami dipermudahkan urusan pentadbiran kewangan dan kekeluargaan....sekurang2nya kita dapat menikmati"syurga" bersama isteri dan anak2 sebelum kita dijemputNYA kelak....


kata sang luncai; ada yang pinjam untuk hidup, ada yang hidup untuk pinjam...apa tujuan anda pulak?

Tuesday, March 10, 2009

BAYI PINTAR


Salam Selamattt!!!

Inginkah anda miliki anak yang PINTAR?

Pastinya semua daripada kita ingin menimang cahaya mata yang hebat pintar, cerdik, intelektual dan hebat! Tapi bagaimanakah caranya?!

Berikut salah satu cadangan serta tips....

Bayi dilahirkan ketika bapanya sudah berusia didapati memiliki IQ rendah sebaliknya lebih bijak berbanding yang lain jika dilahirkan ibu lebih berusia, menurut kajian baru.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan kaitan antara lelaki berusia lebih 35 tahun ketika menjadi bapa dan risiko bayi mengalami masalah perkembangan saraf, seperti autisme dan skizofrenia, selain disleksia.

Menurut kajian terbaru oleh pasukan antarabangsa, anak kepada bapa berusia lanjut menunjukkan persembahan buruk dalam ujian kepintaran berbanding mereka yang dilahirkan lelaki lebih muda, lapor akhbar Sunday Times.

Menurut penyelidik, antara punca kemungkinan ialah apabila usia lelaki meningkat, sel yang menghasilkan sperma mengalami banyak perubahan, yang disalurkan kepada anak.

“Anak yang dilahirkan lelaki lebih berusia menunjukkan kelemahan kecil dalam ujian kemampuan saraf kognitif ketika masih bayi dan kanak-kanak. Dalam aliran yang menyaksikan ramai lelaki melewatkan usia untuk memiliki anak, akibat dan mekanisme klinikal menggariskan hasil kajian itu perlu diberi perhatian rapi.

“Menariknya mengenai kajian ini ialah kanak-kanak dengan ibu lebih berusia mendapat markah IQ lebih tinggi. Ini kerana telur wanita terbentuk ketika mereka masih di dalam rahim. Jadi, DNA mereka dilindungi dari mengalami perubahan sehingga ia digunakan,” kata ketua penyelidik, John McGrath.

Terima kasih kepada yang bersusah payah membuat kajian.

Petikan tersebut saya ambil daripada salah sebuah akhbar tempatan.

Selamatttt!!!


p/s - kenapa ada yang suka anak ikan eik?!

Monday, March 9, 2009

WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah
WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH

"Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad saw Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?"

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan.

"Majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah perjuangan dan pengorbanan baginda berdakwah dan memartabatkan Islam.

"Amalan secara tradisi ini juga merupakan kaedah penyatuan ummah dan permuafakatan paling berkesan bagi menyatupadukan masyarakat Islam daripada pelbagai perbezaan pendapat dan ideologi," katanya

( petikan akhbar Isnin, 12 Rabiul Awal 1430; 9 Mac 2009)


Selamat Meneruskan Perjuangan Rasullullah s.a.w


Wednesday, February 25, 2009

BETUL KE ANDA TIDAK PUAS DI RANJANG?


"73 peratus wanita tak puas di ranjang"

Oleh FATIHAH MOHAMED (wartawan kosmo)

[KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.]


sALAM sELAMAttt!,

Artikel di atas adalah sebahagian yang saya ambil dari Akhbar Kosmo hari ni, Rabu 25 Februari 2009.

Saya pengemar akhbar ini, imej atau martabat KOSMO saya letakkan tidak sama dengan METRO serta akhbar tabloid atau suratkhabar nyamuk yang lain. Kerana KOSMO ada unsur pengisian minda.

Seawal pagi ini, saya agak terperanjat bila melihat muka hadapan KOSMO yang memilih tajuk diatas sebagai tajuk utama hari ini.

Saya tidak ada masalah tentang artikel itu, yang saya tertanya2 kenapa harus KOSMO jadikan bahan"pelaris" dengan meletakkan tajuk itu sebagai "headline"?!!!

Maka saya dan rakan setugas yang bersiaran pagi ini menerusi slot Suria Pagi KLfm melontarkan pertanyaan di kalangan pendengar radio KLfm, maka 90% tidak setuju dengan "imej" baharu yang cuba diketengahkan oleh KOSMO kesayangan mereka.

Bukan soal "openminded"...tetapi rasional untuk itu dijadikan topik sebagai tatapan umum termasuk anak2 yang pra sekolah, sekolah rendah, menengah yang dilatih oleh ibubapa untuk menanam minat membaca akhbar setiap hari dengan memulakan dengan tajuk MUKA HADAPAN.

Jika anda ada penilaian, tinggalkan komen anda, terima kasih kerana singgah di sini.


p/s- "kenapa singgah kalau tak masuk", Lagu Kumpulan Flavour (made in Malaysia)










Tuesday, February 24, 2009

DAP hina Islam?


Salam Selamattt,

Saya terusik dengan laporan akhbar hari ini (Utusan Malaysia) tentang Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ya, saya berasal dari Pulau Pinang yang sedang diperintah oleh bangsa Cina. Bagi orang Pulau Pinang, terutama bangsa Melayu, Mamak, Jawa, Boyan, atau apa pun bangsanya ASALKAN Islam, pasti mula gelisah dengan suasana yang sedang merebak di Pulau Pinang.


Saya dilahirkan pada tahun berlakunya 13 Mei 1969.....Bila mendengar cerita tentang apa yang berlaku waktu itu, saya ingin dilahirkan dewasa, kuat dan berani ketika itu untuk membantu datuk, nenek moyang, saya yang berjuang untuk menunjukkan jangan MAIN API dengan orang MELAYU....ketika itu MELAYU adalah ISLAM,
dan ISLAM adalah MELAYU!

Apa yang berlaku sekarang ini, CINA di Pulau Pinang, merasakan Pulau itu adalah hak milik mereka yang MUTLAK! Jika pergaduhan melibatkan bangsa Hindu beberapa tahun yang lalu bermula di Pulau Pinang dan ianya merebak hingga ke kampung Medan Petaling Jaya, saya yakin jika Cina Pulau Pinang cuba MAIN API dan USIK hak MELAYU ISLAM MALAYSIA, api itu pasti merebak sehingga PutraJaya dan Parlimen.

Secara peribadi, buat CINA Pulau Pinang yang cuba mencabar situasi AMAN DAMAI fikir masak2..... Saya doakan orang bijak pandai dalam keselamatan dan politik negara, segera "sekolahkan" CINA yang tidak tahu apa makna AMAN di meja rundingan sebelum AMAN dan "mereka" hilang di bumi MALAYSIA...


p/s - suka makan sengkuang cina....sejuk

Monday, February 23, 2009

OSCAR KE 81


Anugerah Akademi atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai The Academy Awards atau The Oscars ialah salah satu acara penganugerahan yang tersiar ke seluruh pelosok dunia.

Penganugerahan dijalankan setiap tahun oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences sejak 1929 di Los Angeles. Ia menghargai kecemerlangan dalam banyak aspek pembikinan filem seperti lakonan, pengarahan dan lakon layar.

Slumdog Millionaire dijangka dinobat sebagai filem terbaik, filem yang menggambarkan sebuah realiti, namun tetap dengan penutup cerita yang bahagia, sebagai penghibur untuk masyarakat kelas bawah

Pastinya pagi ini, OSCAR ke 81 akan disiarkan secara langsung dari Kodak Theatre, Hollywood, akan dapat kita saksikan menerusi ASTRO.

Sudah pasti siaran ini akan mendapat tumpuan pengiat industri seni filem seluruh dunia dan termasuk MALAYSIA. Bagi pengiat industri filem kita, apakah sebenarnya tujuan mereka menonton anugerah tersebut....termasuklah wartawan - wartawan hiburan di Malaysia ini....Cuba baca soalan- soalan ini.....

Adakah mereka ingin mengetahui siapa pemenangnya, siapa penyampainya, siapa pengacaranya, siapa penyanyinya, siapa yang hadir, siapa yang tidak hadir, atau baju apa pelakon itu pakai, beg tangan apa yang di galasnya, apa kesalahan yang berlaku, apa kelainannya, apa muzik- muziknya, apa kesilapan kameranya, siapa penerbitnya, penulis skripnya, siapa pengarah pentas, siapa pereka pentas, siapa pengarah teknikal, jurulampu, siapa akan salah buat pengumuman pemenang,(seperti azwan semasa Rentak Juara pertama, apa nak tulis tentang baju yang dipakai pelakon glamour tersebut, dan pastinya pelbagai lagi soalan "kreatif" yang bakal bertakung di benak fikiran masing- masing....hehehe!

Saya suka baca tentang komen wartawan kita tentang artis tanahair yang mengenakan baju glamour pada majlis karpet merah bagi majlis-majlis tertentu....Hebatkan wartwan kita "semua" mereka pakar kan?!!! hehehe! Mungkin yang "bijak" komen tentang fesyen tu, mereka ambil kursus fesyen atau kelas menjahit gamaknya!!! Hehehe!

Nanti kita semua tunggu suratkhabar, majalah, apa yang di komen oleh wartawan "pakar" fesyen tentang artis antarabangsa di majlis OSCAR ke 81!!!


p/s- kata si Luncai, masa nak beli baju, bawa wartwan sekali supaya "perfect"....

Monday, February 16, 2009

TONSIL

TONSIL BUKAN TOSEI

[Mandel, amandel, atau secara medis disebut tonsil atau tonsila palatina adalah bahagian dari sistem kelenjar getah bening yang berada pada sisi kiri dan kanan bahagian belakang rongga mulut. Seperti kelenjar getah bening lainnya, amandel adalah bahagian dari sistem kekebalan yang menjaga tubuh manusia dari infeksi, khususnya infeksi saluran nafas atas dan faring .

Peradangan pada amandel disebut sebagai tonsilitis. Infeksi parah pada amandel dapat mengakibatkan amandel membengkak dan pembedahan harus dilakukan, namun ini dapat mengakibatkan kelemahan sistem kekebalan tubuh] SUMBER WIKIPEDIA


Salam Hari Isnin Buat semua teman dan pengunjung serta pembaca sekelian,

Semalam Ahad saya bergegas ke Hospital di Ipoh, bersama isteri, mak ,adik perempuan dan anak bongsu, menziarahi anak saudara lelaki saya berusia 9 tahun yang dimaksukkan ke hospital kerana demam berpunca daripada tonsil membengkak yang dialaminya pada hari Isnin minggu sebelumnya.

Menurut abang saya, tonsil kali ini agak serious membengkak dan menyebabkan sakit yang keterlaluan. Tak cukup dengan bengkak tonsil, bengkak "benguk" juga dialaminya. Kesian Mohd Hazim...anak sulong abang saya.

Kita yang dewasa ni kalau diserang bengkak tonsil, pasti tidak berselera nak makan sebab sakit bila hendak menelan makanan termasuk bubur nasi.

Menurut doktor yang merawatnya, darah Hazim dipercayai dijangkiti kuman....itu yang menyebabkan tonsilnya membengkak. Buah pinggangnya juga mengalami "kejutan". Ini menyebabkan air kencingnya tidak bersih atau warna air kencingya tidak normal, bermakna buah pinggangnya buat masa ini tidak berfungsi dengan sempurna, disebabkan darah yang dijangkiti kuman.

Kisah Hazim dimasukkan ke hospital, mengusik kenangan mak saya yang menghadapi situasi yang sama dengan kakak ipar saya! Ia tentang saya!Kami pun bercerita semasa berada di wad kanak-kanak tingkat 6 Hospital

Kisahnya ketika usia saya 2 tahun, saya mengalami demam panas yang melampau! Yang pasti, tonsil saya membengkak....Menurut mak, saya dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Besar Pulau Pinang.

Oleh kerana demam saya begitu hebat...maka doktor mengarahkan saya tidur tanpa seurat benang atau selimut. Saya ditelanjang oleh misi(yang pastinya cun- cun) dan saya hanya dibenarkan berselimut dengan ais...ye ketul ais!!! Kenape tak percayer?!!! Mak saya tak akan bohong ok!

Dahsyatnyer demam panas sayakan! Sampai kena telanjang!!(tentu saya nampak cute giler masa tu kannn...!)

Ya cukup tidur berselimutkan ais, setiap 10 minit misi akan datang lap badan saya dengan kain basah untuk memastikan suhu badan saya segera turun ke paras normal.....

Mak saya kata, syukur saya tidak mengalami kekejangan(tarik-tarik tu la!) Nauzubillah....

Jadi lebih kurang 2 minggu jugak saya kat wad hospital tu...akhirnya saya "dibebaskan"...yahoooooo ( masa tu tak der ler internet kalu tidak tentu saya jadi "duta" untuk yahoo.com)

Semoga Hazim, segera sembuh dan sihat bertenaga untuk meneruskan kehidupan dunia kanak- kanaknya.....

Salam Selamat!!!

p/s- Yang demam bagus minum 100 plus dan air mineral....kalau dan melampau..cubalah petua tidur berselimutkan ketul ais....selamat beramal...!


Friday, February 13, 2009

Selamat Jalan Dave....


"Kalau tak ada pokok yang tumbang, kalau tak ada aral yang melintang...."

Itulah kata2 "tagline" penutup ketika Dave menutup siaran ketika beliau bertugas di konti.

DJ Dave itulah gelaran yang dibawanya sebagai seorang penyiar bukan Melayu yang dimiliki oleh RTM. Dave yang ditukarkan dari Johorfm ke KLfm pada tahun 2007 kerana kenaikan pangkat. Hari ini 13 Februari adalah hari terakhir beliau menjalankan tugas sebagai penerbit dan juga penyampai sukan menerusi slot Suria Pagi di KLfm, dan akan kembali bertugas di Johorfm mulai 16hb Februari 2009 ini. Pasti ramai peminatnya di JB akan terubat rindu bila Dave mula beraksi kelak dan peminatnya di KLfm akan merinduinya....

Beliau telah mempopularkan slot Info Sukan Klfm. Dave seorang yang komited dalam tugasnya. Sikap berkongsi ilmu, pendapat dan tidak ada unsur Hasad Dengki membuat rakan- rakan senang dengan beliau. Sifat "happy go lucky" dan sering bergurau adalah identitinya. Pendek kata Dave adalah penghibur bagi rakan2nya! "Rumber Joker!!!"(bahasa tamil, betul ke Dave? Hehehe)

Dave juga adalah seorang suami dan ayah yang cukup amanah dan bertanggungjawab terhadap keluarganya. Setiap hujung minggu Dave pasti akan balik ke Johor Bahru. Beliau menggunakan perkhidmatan Bas Ekspress untuk berulang alik setiap hujung minggu. Kalau ada rezeki, beliau akan menumpang rakan2 yang ke selatan tanah air.

Dave pernah menceritakan bagaimana gelisah hidupnya apabila ditukarkan ke Klfm. Gelisahnya sebab risau dengan keluarganya di JB. Isterinya yang disayangi terpaksa melakukan tugas2 yang dipikul oleh Dave selama ini. Paling tidak dapat Dave sembunyi adaalah perasaan rindu yang teramat terhadap anak2nya.

Kehidupannya di kota Kuala Lumpur, pasti tidak dapat lari dari ujian, dugaan dan godaan....fuh!!! Isteri mana yang tak risau dengan suami yang disenangi ramaikan?! Tapi Dave tahu siapa dirinya. Beliau tetap membawa isteri dan anak2nya kemana sahaja beliau pergi. Sekaligus menangkis segala ujian dan godaan! Syabas Dave!

Saya antara orang yang gembira apabila mendapat tahu yang Dave menerima surat pertukaran ke Johorfm! Kerana ini adalah berkat kesabaran Dave serta isteri dan anak2nya.....(Saya juga pernah seperti Dave berulang alik ke Kuantan selama 2 tahun...lagi mencabar isteri saya waktu itu mengandung anak ke empat...Allah sahaja yang tahu ujian kami sekeluarga.......sekarang Alhamdulillah....semua ada disisi saya....)

Siapa yang tak gembira dapat pulang ke tempat tumpah darah kan?!! Wajah Dave amat riang dan gembira! Selepas ini tidak perlu lagi berulang setiap minggu dan tidak perlu lagi risau apa2....yang penting dapat sentiasa bersama isteri dan anak2....

Untuk Dave semoga berjaya dalam karier sebagai penyiar bukan Melayu milik RTM. Dave adalah aset atau modal insan yang berharga buat RTM. Sekali lagi semoga berjaya!

Buat Dave, "Kalau tak ada pokok yang tumbang, kalau tak ada aral yang melintang kita akan berjumpa lagi...... Selamat Jalan Dave A. Madhavan"


p/s (Teringat kata pepatah..."sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"......tapi eden tak sanggup!!!)

Salam Selamatttt!!!

Thursday, February 12, 2009

Kita Cuci Kereta, Penyamun Cuci Rumah!


Salam Selamattt!

Kebanyakan daripada kita semuanya ada kereta kesayangan. Tak kiralah, beli baharu atau yang terpakai, yang penting itu kereta kita, kita beli dengan duit kita kan?!

Sudah pastilah, bagi seorang lelaki kereta umpama isteri kedua, bagi yang belum kahwin, kereta itu adalah nyawanya. Ada yang mengatakan, kereta kita lambang keperibadian diri kita. Selain nampak sporty, aksesori terbaharu, sistem bunyi yang canggih, kekilatan kereta adalah segala2nya...pantang ada tahi burung terpalit atas cermin kereta kita....tentu kita akan basuh keseluruhan kereta yang disayangi tu!

Kereta kita juga adalah rumah atau pejabat kedua kita, kebanyakkan daripada kita pastinya meletakkan surat2 daripada bank, bil api, air, telefon mungkin kad nama(business card) termasuk kunci rumah atau kunci pejabat kita. Tahukah anda apa yang dimaksudkan anda hantar mencuci kereta, penyamun pulak cuci rumah anda?!!

Begini, ketika anda tinggalkan kereta anda untuk di cuci oleh tukang cuci tersebut, mereka akan mengambil peluang untuk membuat pendua semua kunci yang ada dalam kereta anda.. Kemudian mereka akan mencari alamat rumah atau pejabat anda. Dan sekarang mereka sudah ada kunci rumah, pejabat, peti besi, kunci laci, locker bersama dengan alamat rumah, pejabat, bank dan sebagainya.

Lebih seronok jika, anda suka mencuci kereta ketika anda pergi membeli belah, gunting rambut, dating, "window shopping", mereka yakni penyamun mempunyai cukup masa untuk membuat kunci pendua dan pergi kerumah anda untuk "mencuci" pulak rumah anda!!!

Jadi, pastikan anda tidak meninggalkan apa- apa dokumen yang boleh mendedahkan tempat tinggal anda serta semua kunci yang penting dalam hidup anda.

Bayangkan, jika mereka ada kunci rumah...apa akan terjadi kepada orang yang ada dalam rumah anda sewaktu mereka masuk untuk memulakan operasi"mencuci?" Isteri, ibu, ayah, anak....adakah kita akan melihat mereka atau sebaliknya...atau kita pulak yang akan pulang untuk mencuci darah keluarga kita yang ada atas lantai rumah, bilik tidur, bilik air.....akhirnya kita akan ingat kisah "mencuci" darah keluarga kita sampai bila- bila.....

Sentiasa peka dan belajar untuk menghidu jenayah.....Doa saya untuk semua, semoga kita dilindungi daripada orang- orang yang zalim...amin...


Salam Selamattt!!!!

Wednesday, February 11, 2009

Al- Fatihah

Takziah untuk teman sekerja Dj Julia dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta ke ramahtullah awal pagi tadi. Kita doakan roh allahyarham berada di tempat orang- orang yang di kasihi Allah. Pastinya rasa terkejut, sedih dan murung pasti meruntun perasaan dan hati Julia dan keluarganya. Seluruh kaum keluarga pasti rasa serba tidak kena dengan pemergian arwah, Hussain Hj Musran. Buat Ju, redhakan pemergian ayahnanda tercinta...inilah yang sering kita sebut ketika bertugas, "jodoh, pertemuaan dan ajal maut adalah keputusan Allah".

Bila Ju sudah kehilangan ayahnya, saya tiba-tiba teringat hari pemergian ayah saya yang telah pulang ke ramahtullah 2 tahun lalu....yang sedih sangat,saya tidak berpeluang berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana saya dalam perjalanan ke hospital ....Namun saya redha...itu bukan rezeki saya....atau ada hikmah disebaliknya...mungkin.

Mungkin jika saya berada disisinya, saya akan lebih emosi atau tidak dapat menahan perasaan sedih atau mungkin marah kerana saya sudah kehilangan ayah yang telah mengorbankan usia mudanya mencari rezeki memastikan kami lima beradik tidak kelaparan setiap hari! Tapi nak marah kepada siapa?!!!! Subahanallah....

Pastinya ayah Julia, ayah saya dan ayah kita semua seorang yang kita kagumi dan sanjungi tentang keperibadiannya. Benar kata ramai orang, bila seseorang itu sudah tiada lagi, kita akan mengumpul segala memori tentang mereka dan kita pula akan kongsikan dengan anak2 kita tentang kehebatan ayah kita yang juga Datuk kepada anak2 kita....

Pastinya, pendidikan yang pernah kita "terima" daripada ayah kita, akan kita "kongsikan" dengan anak2 kita agar mereka menjadi insan yang dapat menyambung warisan pendidikan ayah kita yang ingin kita menjadi insan yang dihormati dan di sayangi oleh semua orang termasuk Allah s.w.t...

Al- Fatihah buat ayah kita yang telah pulang ke ramahtullah....

Tuesday, February 10, 2009

MELAYU MELAYU MELAYU


LAMBANG KERAJAAN MALAYSIA YANG SAYA BANGGAKAN.....Cuba perhatikan....berapa ramai daripada kita yang mampu atau faham tentang lambang ini...dan jika ditanya, dapatkah kita mentafsirkan setiap yang ada pada elemen lambang ini...satu soalan....dimanakah keistimewaan dan kedudukan orang MELAYU pada lambang ini....?


"Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua. Kenapa?

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya. Termasuk saya!

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama. Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun PAS, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.Tetapi itulah minda Melayu sekarang.
Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu."

* Sanjung PROFESOR Diraja Ungku Aziz bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau amat arif dan dekat tentang isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.










Friday, February 6, 2009

HANTU...


Salam 10 Safar 1430....

Bila sebut hantu....memang ianya memberikan gambaran seram. Hantu antara percaya atau tidak! Tetapi dalam kehidupan manusia tidak kira apa agama, bangsa, hantu memang subjek yang unik....

Adakah hantu ini lahir daripada "roh"....Roh itu pulak dikatakan ada yang baik dan ada yang jahat. Jika hantu "dilahirkan" daripada roh, bermakna pasti ada juga hantu yang baikkan!!! Persoalannya....ada ke hantu yang baik?!!!

Jadi, jom Santai di Menara KL bersama Hezry secara langsung, Sabtu 7 Februari 2009, jam 11 mlm di TV1.

Tetamu minggu ini, pencari hantu, pesakit hantu,hantu cantik & pembela hantu.

Saff Sekali!!!!


hh: Suka tengok burung hantu dan pengundi hantu

Thursday, January 29, 2009

Lebih 10,000 menganggur

"Lebih 10,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 1 Januari tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan semalam."

Petikan daripada akhbar Kosmo! Khamis, 29 Januari 2009.....Dari benak hati, saya bersimpati dengan mereka yang menghadapi dugaan seperti ini.

Saya pernah mengalami situasi seperti ini 15 tahun yang lalu. Keadaaan tidak ada pendapatan dan simpanan yang mencukupi amat menggerunkan. Mana tidaknya, sewaktu itu baharu menimang cahaya mata yang sulong. Kos bulanan yang tetap berjumlah ribu ringgit......sukar untuk diluahkan...memang perit. Mana nak dapat duit sebanyak tu....

Syukur alhamdulillah...ujian dan dugaan dariNYA sebenarnya ada hikmahnya. Usah kita murung dan tertekan. Perbincangan bersama isteri / suami sangat membantu sebenarnya. Uniknya hidup berpasangan, dapat memberi kita motivasi atau booster luar biasa untuk kita lebih baik sebenarnya!

Bersama kita berdoa, agar negara kita terus mampu bersaing dan dapat menjana pendapatan untuk kita semua. Sebagai rakyat yang menyayangi negara tumpah darah sendiri, marilah kita menyumbang dengan menjaga dan menghargai perpaduan.

Salam Selamat!!!

Friday, January 23, 2009

SANTAI DI MENARA KL JAM 11 MALAM


Salam Selamat Santai!!!

Kebangaan rakyat Malaysia khususnya orang KL kan! Antara ikon yang dikagumi oleh masyarakat dunia tertelah di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 421 meter, meletakkan Menara KL kebangaan kita menara ke 4 tertinggi di dunia. Chupp!!! Keistimewaan menara ini berbanding dengan menara-menara lain di seluruh dunia ini, ianya dikelilingi hutan hujan khatulistiwa!!! Tak percaya?! Ha...anda kena datang dan tengok sendiri. Berbanding dengan menara - menara lain yang dikelilingi hutan batu sahaja!!!

Bermula 3 Januari 2009, setiap hari Sabtu pukul 11 malam siaran secara langsung dari Menara KL ini, sebuah rancangan terbaharu terbitan RTM yang dihoskan oleh saya. Terima kasih pengurusan RTM yang telah memberi kepercayaan dan peluang emas untuk saya mengendalikan rancangan sendiri -

SANTAI DI MENARA KUALA LUMPUR BERSAMA HEZRY.

Anda dijemput datang ke Menara Kuala Lumpur untuk menyaksikan progam ini secara langsung dari sana dan boleh beramah mesra dengan artis dan tetamu jemputan saya. Masuk percuma!!! Cuma parking kenalah bayar eik...!! Datang awal dalam 10.00malam baru boleh pilih tempat duduk VVIP!!! Ha! Teh tarik dan makan- makan pun ada beb!!! Jom!!


Anda boleh layari blog - santaidi1@bloggspot.com


Saffff Sekali!!!!

GONG XI FA CHAI!!!



sAlaM sElaMAT.....


Selamat menyambut GON XI FA CHAI....buat rakan- rakan serta rakyat Malaysia yang beragama Budha. Seperti yang kita ketahui tahun ini adalah Tahun Lembu bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina....ada yang mengatakan Tahun Raja Lembu". Apa pun bagi masyarakat Cina semoga bergembira menyambutnya!!!

Pastinya cuti umum sempena Tahun Baharu Cina ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing- masing. Termasuklah saya ler...!!! Di kampung, pastinya ada pelbagai aktiviti serta acara yang telah tersedia menanti anda pulang ke kampung.

Lebuhraya pasti mula sibuk dengan aliran kenderaan menuju utara, selatan, timur mahupun barat. Pastinya kita tahu apa yang harus kita lakukan semasa dijalanraya kan?

Semua yang ada lesen memandu yang sah pasti sudah matang dalam mengemudi stering kenderaan masing- masing. Semogakita semua selamat sampai ke destinasi dan kembali semula ke Kuala Lumpur dengan selamattt!!!

Sampaikan salam saya buat orang kampung anda semua. Jemputlah bersantai bersama saya menerusi rancangan "talk show" SANTAI DI MENARA KUALA LUMPUR BERSAMA HEZRY DI TV 1 PUKUL 11 MALAM SETIAP SABTU.

sELAmAttttt!!!!! Safffff Sekali!!!!

Wednesday, January 14, 2009

PILIHAN BIJAK!!!

Salam Selamattt Semua!

Lagi 2 hari kempen terbaharu Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Syabas!!!

Majlis akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pukul 3 petang bertempat di MYDIN Mall USJ pada 16 Januari 2009

Semangat patriotik yang mengalir dalam darah setiap rakyat Malaysia, akan menjayakan kempen ini. Kempen yang pernah diperkenalkan suatu ketika dahulu kini kembali untuk menyedarkan kita semua betapa pentingnya "bersatu kita teguh bercerai kita roboh"

Kalau tengok iklan majlis pelancaran kempen ini di surat khabar, ada lebih 2000 barangan keluaran Malaysia akan dipamerkan di MYDIN Mall USJ, Subang Jaya bermula 16 Januari 2009 ini.

Satu soalan....berikan 5 barangan buatan Malaysia yang ada pada anda sekarang?

Ya! Tersangatlah susah kan.....

Jadi ayuh sama- sama kita sambut seruan Belilah Barangan Buatan Malaysia.....Anda mampu mengubahnya!

Selamattt!!!!

Tuesday, January 13, 2009

Saff Sekali!!!

Salam Selamatttt!

Salam tahun Hijrah 1430 dan Masihi 2009.....

Semoga semua kita sentiasa dilindungi rahmatNya dan beroleh kenikmatan berpanjang untuk perjalanan kita di dunia dan akhirat nanti.

Semua daripada kita akan di uji....hanya kita yang mampu mentafsirkan setiap ujian itu.

Perlu di ingat...ujian bukan hanya "bala" atau kesusahan...tetapi rezeki dan kesenangan yang kita nikmati juga adalah suatu ujian yang harus kita tafsirkan juga.

Saya amat bersyukur atas rezeki tahun ini, apabila pengurusan tertinggi RTM memberi peluang menjadi host dalam rancangan "talk show" terbaharu " SANTAI DI MENARA KL BERSAMA HEZRY"

Saya begitu terharu dan rasa teramat rendah diri kerana bagi seorang yang berkecimpung dalam bidang penyiaran sebagai "frontliner", ini adalah sebuah penghormatan dan penghargaan yang cukup bermakna dan berharga.

Saya akan berusaha untuk menjadikan setiap saat rancangan ini adalah yang terbaik bagi merealisasikan perancangan "merakyatkan" RTM.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia serta pengurusan tertinggi RTM memberi peluang kepada saya.

Saya ingin menjemput anda menyaksikan rancangan "talk show" saya selama 1 jam, setiap hari Sabtu pukul 11 malam.

Sudah pasti komen anda sebagai teman bloger amat saya hargai.

Saya jugak ingin mengucapkan selamat berjaya kepada 2 rakan saya yang turut mengendalikan rancangan masing - masing bermula tahun 2009 ini.

Setiap Jumaat bermula 9.30 malam; Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina

Setiap Isnin bermula 9.30 malam; Di Luar Lingkungan Bersama Syed Munawar

Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur!!!! Safff Sekali!!!