Thursday, February 12, 2009

Kita Cuci Kereta, Penyamun Cuci Rumah!


Salam Selamattt!

Kebanyakan daripada kita semuanya ada kereta kesayangan. Tak kiralah, beli baharu atau yang terpakai, yang penting itu kereta kita, kita beli dengan duit kita kan?!

Sudah pastilah, bagi seorang lelaki kereta umpama isteri kedua, bagi yang belum kahwin, kereta itu adalah nyawanya. Ada yang mengatakan, kereta kita lambang keperibadian diri kita. Selain nampak sporty, aksesori terbaharu, sistem bunyi yang canggih, kekilatan kereta adalah segala2nya...pantang ada tahi burung terpalit atas cermin kereta kita....tentu kita akan basuh keseluruhan kereta yang disayangi tu!

Kereta kita juga adalah rumah atau pejabat kedua kita, kebanyakkan daripada kita pastinya meletakkan surat2 daripada bank, bil api, air, telefon mungkin kad nama(business card) termasuk kunci rumah atau kunci pejabat kita. Tahukah anda apa yang dimaksudkan anda hantar mencuci kereta, penyamun pulak cuci rumah anda?!!

Begini, ketika anda tinggalkan kereta anda untuk di cuci oleh tukang cuci tersebut, mereka akan mengambil peluang untuk membuat pendua semua kunci yang ada dalam kereta anda.. Kemudian mereka akan mencari alamat rumah atau pejabat anda. Dan sekarang mereka sudah ada kunci rumah, pejabat, peti besi, kunci laci, locker bersama dengan alamat rumah, pejabat, bank dan sebagainya.

Lebih seronok jika, anda suka mencuci kereta ketika anda pergi membeli belah, gunting rambut, dating, "window shopping", mereka yakni penyamun mempunyai cukup masa untuk membuat kunci pendua dan pergi kerumah anda untuk "mencuci" pulak rumah anda!!!

Jadi, pastikan anda tidak meninggalkan apa- apa dokumen yang boleh mendedahkan tempat tinggal anda serta semua kunci yang penting dalam hidup anda.

Bayangkan, jika mereka ada kunci rumah...apa akan terjadi kepada orang yang ada dalam rumah anda sewaktu mereka masuk untuk memulakan operasi"mencuci?" Isteri, ibu, ayah, anak....adakah kita akan melihat mereka atau sebaliknya...atau kita pulak yang akan pulang untuk mencuci darah keluarga kita yang ada atas lantai rumah, bilik tidur, bilik air.....akhirnya kita akan ingat kisah "mencuci" darah keluarga kita sampai bila- bila.....

Sentiasa peka dan belajar untuk menghidu jenayah.....Doa saya untuk semua, semoga kita dilindungi daripada orang- orang yang zalim...amin...


Salam Selamattt!!!!

No comments: