Friday, February 13, 2009

Selamat Jalan Dave....


"Kalau tak ada pokok yang tumbang, kalau tak ada aral yang melintang...."

Itulah kata2 "tagline" penutup ketika Dave menutup siaran ketika beliau bertugas di konti.

DJ Dave itulah gelaran yang dibawanya sebagai seorang penyiar bukan Melayu yang dimiliki oleh RTM. Dave yang ditukarkan dari Johorfm ke KLfm pada tahun 2007 kerana kenaikan pangkat. Hari ini 13 Februari adalah hari terakhir beliau menjalankan tugas sebagai penerbit dan juga penyampai sukan menerusi slot Suria Pagi di KLfm, dan akan kembali bertugas di Johorfm mulai 16hb Februari 2009 ini. Pasti ramai peminatnya di JB akan terubat rindu bila Dave mula beraksi kelak dan peminatnya di KLfm akan merinduinya....

Beliau telah mempopularkan slot Info Sukan Klfm. Dave seorang yang komited dalam tugasnya. Sikap berkongsi ilmu, pendapat dan tidak ada unsur Hasad Dengki membuat rakan- rakan senang dengan beliau. Sifat "happy go lucky" dan sering bergurau adalah identitinya. Pendek kata Dave adalah penghibur bagi rakan2nya! "Rumber Joker!!!"(bahasa tamil, betul ke Dave? Hehehe)

Dave juga adalah seorang suami dan ayah yang cukup amanah dan bertanggungjawab terhadap keluarganya. Setiap hujung minggu Dave pasti akan balik ke Johor Bahru. Beliau menggunakan perkhidmatan Bas Ekspress untuk berulang alik setiap hujung minggu. Kalau ada rezeki, beliau akan menumpang rakan2 yang ke selatan tanah air.

Dave pernah menceritakan bagaimana gelisah hidupnya apabila ditukarkan ke Klfm. Gelisahnya sebab risau dengan keluarganya di JB. Isterinya yang disayangi terpaksa melakukan tugas2 yang dipikul oleh Dave selama ini. Paling tidak dapat Dave sembunyi adaalah perasaan rindu yang teramat terhadap anak2nya.

Kehidupannya di kota Kuala Lumpur, pasti tidak dapat lari dari ujian, dugaan dan godaan....fuh!!! Isteri mana yang tak risau dengan suami yang disenangi ramaikan?! Tapi Dave tahu siapa dirinya. Beliau tetap membawa isteri dan anak2nya kemana sahaja beliau pergi. Sekaligus menangkis segala ujian dan godaan! Syabas Dave!

Saya antara orang yang gembira apabila mendapat tahu yang Dave menerima surat pertukaran ke Johorfm! Kerana ini adalah berkat kesabaran Dave serta isteri dan anak2nya.....(Saya juga pernah seperti Dave berulang alik ke Kuantan selama 2 tahun...lagi mencabar isteri saya waktu itu mengandung anak ke empat...Allah sahaja yang tahu ujian kami sekeluarga.......sekarang Alhamdulillah....semua ada disisi saya....)

Siapa yang tak gembira dapat pulang ke tempat tumpah darah kan?!! Wajah Dave amat riang dan gembira! Selepas ini tidak perlu lagi berulang setiap minggu dan tidak perlu lagi risau apa2....yang penting dapat sentiasa bersama isteri dan anak2....

Untuk Dave semoga berjaya dalam karier sebagai penyiar bukan Melayu milik RTM. Dave adalah aset atau modal insan yang berharga buat RTM. Sekali lagi semoga berjaya!

Buat Dave, "Kalau tak ada pokok yang tumbang, kalau tak ada aral yang melintang kita akan berjumpa lagi...... Selamat Jalan Dave A. Madhavan"


p/s (Teringat kata pepatah..."sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"......tapi eden tak sanggup!!!)

Salam Selamatttt!!!

1 comment:

Anonymous said...

yezzer..slmt kembali ke bumi bertuah JB ya Mr Dave..ND doakan kebahagiaan buat Abg Dave sekeluarga ya..dan buat Abg Hezry, jgn pandang belakang, jgn main belakang, jgn toleh belakang...dan jgn membelakangi msg ini ya..daaa..