Tuesday, March 10, 2009

BAYI PINTAR


Salam Selamattt!!!

Inginkah anda miliki anak yang PINTAR?

Pastinya semua daripada kita ingin menimang cahaya mata yang hebat pintar, cerdik, intelektual dan hebat! Tapi bagaimanakah caranya?!

Berikut salah satu cadangan serta tips....

Bayi dilahirkan ketika bapanya sudah berusia didapati memiliki IQ rendah sebaliknya lebih bijak berbanding yang lain jika dilahirkan ibu lebih berusia, menurut kajian baru.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan kaitan antara lelaki berusia lebih 35 tahun ketika menjadi bapa dan risiko bayi mengalami masalah perkembangan saraf, seperti autisme dan skizofrenia, selain disleksia.

Menurut kajian terbaru oleh pasukan antarabangsa, anak kepada bapa berusia lanjut menunjukkan persembahan buruk dalam ujian kepintaran berbanding mereka yang dilahirkan lelaki lebih muda, lapor akhbar Sunday Times.

Menurut penyelidik, antara punca kemungkinan ialah apabila usia lelaki meningkat, sel yang menghasilkan sperma mengalami banyak perubahan, yang disalurkan kepada anak.

“Anak yang dilahirkan lelaki lebih berusia menunjukkan kelemahan kecil dalam ujian kemampuan saraf kognitif ketika masih bayi dan kanak-kanak. Dalam aliran yang menyaksikan ramai lelaki melewatkan usia untuk memiliki anak, akibat dan mekanisme klinikal menggariskan hasil kajian itu perlu diberi perhatian rapi.

“Menariknya mengenai kajian ini ialah kanak-kanak dengan ibu lebih berusia mendapat markah IQ lebih tinggi. Ini kerana telur wanita terbentuk ketika mereka masih di dalam rahim. Jadi, DNA mereka dilindungi dari mengalami perubahan sehingga ia digunakan,” kata ketua penyelidik, John McGrath.

Terima kasih kepada yang bersusah payah membuat kajian.

Petikan tersebut saya ambil daripada salah sebuah akhbar tempatan.

Selamatttt!!!


p/s - kenapa ada yang suka anak ikan eik?!

2 comments:

Anonymous said...

anak ikan kita kena bela dan jaga baik2..hasilnye nanti kita gak yang untung, tapi kadang2 tu ada gak yang tak untung sebab anak ikan tu just nak speedo je kat bapak ikan nyer tu...so pandai2 lah kepada sesiapa yg nak berhajat nak bela anak ikan...

GC said...

test