Monday, July 20, 2009

1 MALAYSIA....

Salam Semua....

Saya secara ikhlas sedang mencadangkan untuk mempromosikan gagasan 1 Malaysia untuk seluruh rakyat malaysia. Kerjasama dengan beberapa agensi bagi menjayakan program khas ini amat baik. Elemen program ini sangat dekat dengan rakyat. Rakyat tidak mahu lagi ceramah dan pameran yang terlalu "mendidik". Program khas ini begitu mesra rakyat malah seluruh peringkat umur pasti akan terhibur sambil memahami betapa istimewanya Kita 1 Malaysia.

Doakan kejayaan saya.....

Selamattt!

Tuesday, July 14, 2009

DISIPLIN MULUT

Salam Semua....
Alhamdulillah masih ada ruang utk mencoret disini..biarpun dihati ini sentiasa ingin menjadi blogawan yang setia tetapi saya belum sampai ke tahap itu lagi. Kata mereka yang sudah berada nun jauh di sana...disiplin adalah segala-galanya....

Disiplin bukan sahaja pada cara hidup & kerja tetapi MULUT yang diberi secara FREE oleh ALAH sering disalah guna.....MULUT itu jugak yang PERLU mereka guna untuk ucap DUA KALIMAH ketika Sakaratul Maut.....


Selamattt!!!

Thursday, April 9, 2009

Hari Keberanian

Salam Rakan Blog,

Lama saya tidak menulis sesuatu di sini...pagi ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang HARI KEBERANIAN.

Hari Keberanian hari ini 9 April sebenarnya diraikan diFilipina ia dikenali dengan pelbagai nama Araw ng Kagitingan, Day Of Valor, Bataan Day.

Bila sebut berani apa yang boleh anda tafsirkan selain merujuk Kamus DBP.

Yang terbaharu, perbuatan berani penyokong pasukan bolasepak Kelantan. Memang saya kagum dengan "semangat" keberanian yang mengalir dalam darah mereka. Berani melakukan rusuhan dan membakar jip PDRM serta menunjukkan lagak berani yang akhirnya perbuatan mereka ini dikongsikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan yang mereka sanjungi..
"SAYA sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan,"

Begitulah keluhan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kejadian rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, kelmarin.

Adakah ini budaya "berani" anak Malaysia? Adakah mereka memegang pada pepatah..."Berani kerana benar" atau "Benar kerana Berani"

Si Luncai - "Mengikut biar pintar, menurut biar berakal"

Monday, March 23, 2009

NOTIS LELONG RUMAH

Salam Selamattt!!!
pagi ini saya menerima khabar yang mengerunkan tentang seorang insan yang saya amat kenali yang telah menerima notis tentang rumah "sulong"nya yang akan dilelong oleh pihak bank.

Subbahanallah....semoga beliau tenang dan mampu mencari jalan untuk menyelesaikan dengan sebaik mungkin....

Siapa yang tidak rungsing dan tertekan bila menerima notis sebegini ketika semua sedang berkerumun bercakap tentang "ekonomi kelabu" yang sedang melanda dunia....dan adakah ini petanda "kelabu" itu sudah tiba di negara kita....

Insan yang saya kenali adalah seorang yang sayangkan keluarganya...semua perniagaan yang beliau ceburi demi untuk menaikkan taraf kehidupan keluarga tersayang...akibat sering dihina dan dipandang "sepi" atau kata orang putih "he is nothing"...menyebabkan insan ini berhempas pulas "berjuang" untuk membuktikan beliau mampu berdikari....ya mungkin dia mampu berdikari hari ini...tetapi "onak dan duri" masih lagi tercucuk dalam dunia pengurusan kewangannya...sehingga beliau menerima notis kali kedua lelong rumahnya setelah pernah menerima beberapa tahun yang lalu......

Semoga kita dilindungi Allah dalam menjalankan amanah sebagai hambanya serta kita semua sebagai suami dipermudahkan urusan pentadbiran kewangan dan kekeluargaan....sekurang2nya kita dapat menikmati"syurga" bersama isteri dan anak2 sebelum kita dijemputNYA kelak....


kata sang luncai; ada yang pinjam untuk hidup, ada yang hidup untuk pinjam...apa tujuan anda pulak?

Tuesday, March 10, 2009

BAYI PINTAR


Salam Selamattt!!!

Inginkah anda miliki anak yang PINTAR?

Pastinya semua daripada kita ingin menimang cahaya mata yang hebat pintar, cerdik, intelektual dan hebat! Tapi bagaimanakah caranya?!

Berikut salah satu cadangan serta tips....

Bayi dilahirkan ketika bapanya sudah berusia didapati memiliki IQ rendah sebaliknya lebih bijak berbanding yang lain jika dilahirkan ibu lebih berusia, menurut kajian baru.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan kaitan antara lelaki berusia lebih 35 tahun ketika menjadi bapa dan risiko bayi mengalami masalah perkembangan saraf, seperti autisme dan skizofrenia, selain disleksia.

Menurut kajian terbaru oleh pasukan antarabangsa, anak kepada bapa berusia lanjut menunjukkan persembahan buruk dalam ujian kepintaran berbanding mereka yang dilahirkan lelaki lebih muda, lapor akhbar Sunday Times.

Menurut penyelidik, antara punca kemungkinan ialah apabila usia lelaki meningkat, sel yang menghasilkan sperma mengalami banyak perubahan, yang disalurkan kepada anak.

“Anak yang dilahirkan lelaki lebih berusia menunjukkan kelemahan kecil dalam ujian kemampuan saraf kognitif ketika masih bayi dan kanak-kanak. Dalam aliran yang menyaksikan ramai lelaki melewatkan usia untuk memiliki anak, akibat dan mekanisme klinikal menggariskan hasil kajian itu perlu diberi perhatian rapi.

“Menariknya mengenai kajian ini ialah kanak-kanak dengan ibu lebih berusia mendapat markah IQ lebih tinggi. Ini kerana telur wanita terbentuk ketika mereka masih di dalam rahim. Jadi, DNA mereka dilindungi dari mengalami perubahan sehingga ia digunakan,” kata ketua penyelidik, John McGrath.

Terima kasih kepada yang bersusah payah membuat kajian.

Petikan tersebut saya ambil daripada salah sebuah akhbar tempatan.

Selamatttt!!!


p/s - kenapa ada yang suka anak ikan eik?!

Monday, March 9, 2009

WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah
WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH

"Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad saw Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?"

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan.

"Majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah perjuangan dan pengorbanan baginda berdakwah dan memartabatkan Islam.

"Amalan secara tradisi ini juga merupakan kaedah penyatuan ummah dan permuafakatan paling berkesan bagi menyatupadukan masyarakat Islam daripada pelbagai perbezaan pendapat dan ideologi," katanya

( petikan akhbar Isnin, 12 Rabiul Awal 1430; 9 Mac 2009)


Selamat Meneruskan Perjuangan Rasullullah s.a.w


Wednesday, February 25, 2009

BETUL KE ANDA TIDAK PUAS DI RANJANG?


"73 peratus wanita tak puas di ranjang"

Oleh FATIHAH MOHAMED (wartawan kosmo)

[KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.]


sALAM sELAMAttt!,

Artikel di atas adalah sebahagian yang saya ambil dari Akhbar Kosmo hari ni, Rabu 25 Februari 2009.

Saya pengemar akhbar ini, imej atau martabat KOSMO saya letakkan tidak sama dengan METRO serta akhbar tabloid atau suratkhabar nyamuk yang lain. Kerana KOSMO ada unsur pengisian minda.

Seawal pagi ini, saya agak terperanjat bila melihat muka hadapan KOSMO yang memilih tajuk diatas sebagai tajuk utama hari ini.

Saya tidak ada masalah tentang artikel itu, yang saya tertanya2 kenapa harus KOSMO jadikan bahan"pelaris" dengan meletakkan tajuk itu sebagai "headline"?!!!

Maka saya dan rakan setugas yang bersiaran pagi ini menerusi slot Suria Pagi KLfm melontarkan pertanyaan di kalangan pendengar radio KLfm, maka 90% tidak setuju dengan "imej" baharu yang cuba diketengahkan oleh KOSMO kesayangan mereka.

Bukan soal "openminded"...tetapi rasional untuk itu dijadikan topik sebagai tatapan umum termasuk anak2 yang pra sekolah, sekolah rendah, menengah yang dilatih oleh ibubapa untuk menanam minat membaca akhbar setiap hari dengan memulakan dengan tajuk MUKA HADAPAN.

Jika anda ada penilaian, tinggalkan komen anda, terima kasih kerana singgah di sini.


p/s- "kenapa singgah kalau tak masuk", Lagu Kumpulan Flavour (made in Malaysia)